Aku dah masuk 31 tahun april lalu. Masih bujang. Single and available. Secara fakta, aku sukar mendapatkan pilihan hati.

Umur aku tak sama dengan penampilan. Ramai yang ingat aku masih 20-an. Ramai yang meneka umurku 22 tahun. Sebahagian lain meneka 25 atau 26. Kerana aku suka menyuruh mereka meneka umurku bila tiba-tiba umurku ditanya secara tidak rasmi.

Ya, memang suatu advantage untuk aku. Nampak muda. Dan kerana aku nampak muda ni juga la ada mangkuk hayun yang tak reti nak respect orang macam aku.

Itu la maksud aku. Masih muda dan takde ape yang nak dikejarkan. Sebenarnya ni adalah quote dari filem 29 februari. Masih banyak mase. Tapi bukanla bermaksud ajal pun aku dapat lengahkan.

Ironinya aku ni amat pemalu walaupun perempuan dah bagi line. Susahnya. Bini orang pun suke kat aku. Anak dara sunti pun suka kat aku. Maklum la, cikgu dia cute. Fakta bukan auta.