Sayangku tahukah kau di dalam hati ini tersimpan perasaan cinta nan suci.

Masih segar di dalam ingatan saat pertama aku melihatmu. Hari itu entah mengapa aku ingin memakai semuanya baru. Baju baru, kasut baru dan seluar juga baru. Hari itu memang aku amat selesa dan yakin dengan penampilan aku kerana aku sedar, walaupun belum ada insan teristimewa dalam hidup aku yang kosong ini, sekurang-kurangnya aku rasa gembira .

Aku lewat hari tu. Punch card hampir merah. Aku berlari masuk ke pejabat tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Aku tak sedar waktu tu kau berada di belakang ku. Setelah panik aku hilang , aku dilegakan oleh senyumanmu. Tahukah kau sejak itu aku telah jatuh hati padamu? Tidak , kau tak tahu....


Aku hanya melihatmu semasa majikan ku meminta kau memperkenalkan dirimu. Semasa majikan ku datang dan memperkenalkan nama ku kepada mu, aku senyum kepada mu. Aku senyum dengan ikhlas. Tahukah kau akan itu? Tidak, kau tak tahu...

Aku hairan, setiap kali tiba waktu untuk kau pulang, kau pasti akan memberitahu kepadaku. Aku tidak berkata apa-apa melainkan hanya tersenyum padamu. Bodohnya aku ketika itu kerana menyangka kau juga merasakan apa yang ku rasa. Hakikatnya kau sebenarnya telah pun mempunyai insan lain di dalam hatimu.

Masih aku ingat sewaktu kita duduk makan bersama. Walaupun hanya sebagai rakan sekerja, aku tetap menghargai detik itu. Aku cuma terkilan kerana tidak sempat menyatakan hasratku pada ketika itu. Aku terlalu takut kerana aku sering sangat melalui rasa kecewa. Aku takut aku akan mengapa-apa kan kau sekiranya kau menolak. Jadi aku memilih untuk mendiamkan diri.

Kali terakhir adalah ketika kau seperti menunggu aku pulang. Aku sentiasa cuba menyiapkan semua tugas sebelum pulang. Aku sentiasa cuba memberikan yang terbaik walaupun ada yang mempertikai. Kau telah pun pulang dan memberitahu kepada ku . Aku faham kau telah pulang. Tetapi bila semua tugas ku telah selesai dan aku keluar dari pejabat, aku terlihat dirimu masih berada di luar. Kau masih belum pulang. Mengapa? Aku terdiam tidak berkata apa-apa selepas kau senyum pada ku. Aku terus pulang meninggalkanmu.

2 tahun kemudian, aku sengaja mencari namamu di laman sosial. Aku lihat kau telah pun berkahwin. Melalui senyumanmu, aku tahu kau bahagia. Tahukah kau waktu itu dalam bulan puasa? Aku amat kecewa sehingga tidak dapat lagi aku menanggung kesakitan. Aku tak sangka kerana dapat bertahan sehingga waktu berbuka. Malangnya keesokan harinya aku tidak dapat meneruskan puasa ku. Aku hanya berniat untuk qadha. Aku terlalu sakit di ke semua bahagian badan.Mungkin darah tinggi. Aku tak pasti. Begitulah kekecewaan yang dapat ku gambarkan melalui penulisanku ini. Tetapi aku kuat bertahan dan semua organ-organ badanku masih bertahan sehingga kini. Tahukah kah selepas itu aku pergi dari situ buat selamanya.