Kali ni Spain tidak lagi bermaya seperti Piala Dunia lalu. Setakat sekarang yang aku tengok dah bolos 5 gol kepada Belanda. Kelemahan barisan pertahanan yang ketara oleh Sepanyol.

Aku hairan juga kerana kali ni hantaran pendek Tiki-Taka kurang dipraktikkan sebaliknya Sepanyol sering menghantar bola tinggi terus ke atas, suatu cara permainan yang sebelum ini sangat jarang dilakukan oleh Sepanyol.

Di sini aku senaraikan beberapa faktor yang mungkin :

1 ) Disiplin pertahanan yang tidak memuaskan
2 ) Kurang bernafsu kerana telah 2 kali menjadi juara peringkat antarabangsa
3 ) Kehadiran pemain lawan yang masih berbisa seperti Arjen Robben dan Van Persie
4 ) Faktor usia pemain Sepanyol
5 ) Terlalu menumpukan kepada serangan berbanding pertahanan. Kemasukan Pedro dan Fabregas.
6 ) Ketiadaan pemain berpengalaman seperti Charles Puyol