Piala dunia kali ni menyaksikan pelbagai kejutan. Juara bertahan Sepanyol menerima kejutan apabila tewas dengan jumlah jaringan yang besar manakala pasukan pilihan, Uruguay tewas 3-1 kepada pasukan bukan pilihan iaitu Costa Rica walaupun mempunyai pemain hebat seperti Diego Forlan dan Luis Suarez.

Pada Piala Dunia 2002 yang lalu, semasa Korea dan Jepun menjadi tuan rumah bersama, juga menyaksikan kejutan yang hampir sama apabila banyak pasukan pilihan tersingkir awal pada pusingan pertama seperti France, manakala pasukan bukan pilihan yang baru pertama kali menyertai Piala Dunia seperti Senegal mempamerkan aksi memberangsangkan apabila berjaya menewaskan juara bertahan seperti France.

Italy juga tewas pada pusingan kedua kepada Korea Selatan. Perlawanan akhir antara Germany dan Brazil berkesudahan Brazil menewaskan Germany 2-0.