Ini je video highlight yang aku jumpe. Ulasan dalam Bahasa Arab. Kebetulan semalam aku tak larat bangun. Dah subuh baru terjaga. Seperti yang dijangka, Brazil mengatasi Croatia. Bagi aku Croatia memang bukan calang-calang pasukan. Tapi kali ni Brazil juga memang banyak advantage kerana faktor tuan rumah dan juga penampilan pemain terbaik seperti Neymar.

World Cup kali ni aku predict Brazil jumpe Spain di final. Selama bertahun-tahun ni aku memang sokong Spain. Semenjak euro 2008. Mase tu tak ramai orang sokong Spain. Ramai yang meminati team seperti France, Italy dan German. Aku sokong Spaim mungkin kerana mase tu ade pemain yang aku paling minat dan pernah bermain di kelab Liverpool iaitu Fernando Torres. Aku peyokong setia Liverpool.

2010 pun aku masih sokong Spain . Untuk kali ni, aku rasa mungkin sukar. Piala Dunia mungkin akan kembali ke Brazil.