Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penantian peminat bola sepak dunia menunggu Piala Dunia FIFA 2014 sudah sampai di kemuncaknya. jam 4.00 am waktu Malaysia, 13/6/2014 sepak mula perlawanan Brazil vs Croatia akan menjadi pembuka tirai kepada 64 perlawanan Piala Dunia 2014. 

gambar pasukan piala dunia Brazil 2014
Pasukan piala dunia Brazil 2014
Beza waktu antara Malaysia dan Brazil kira-kira lewat 11 jam pasti memberi sedikit cabaran kepada peminat bola sepak untuk menonton live Piala Dunia 2014. Majoriti perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil bermula seawal jam 12.00 am dan paling lewat jam 6.00 am waktu Malaysia. Aku akan tengok mana yang boleh sahaja selebihnya tengok sahaja berita terkini Piala Dunia 2014 yang pasti ada di Facebook, Twitter dan blog terutama blog Piala Dunia FIFA sahabat kita Wan Gerrad atau pun lansung ke website rasmi World Cup FIFA 2014.
gambar pasukan piala dunia Argentina 2014
Pasukan piala dunia Argentina 2014
Kepada sahabat-sahabat yang mencari Jadual lengakap Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia boleh rujuk di SINI. Terima kasih kepada blog Malaysiatercinta.com yang telah menyediakan jadual untuk rujukan kita semua. Jadual Piala Dunia 2014 juga boleh disemak di website rasmi World Cup FIFA 2014 sehingga ke final dengan hanya perlu klik “Change to local time”. Semuga dengan ada Jadual Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia semua peminat bola sepak dapat menjadualkan masa sesuai dengan tanggungjawab kerja dan keluarga. Piala Dunia yang bermula pada 13/6/2014 akan berlansung selama sebulan dimana perlawanan akhir akan berlansung pada 13/7/2014, jam 3.00 am waktu Malaysia.
Gambar pasukan piala dunia Perancis 2014
Pasukan piala dunia Perancis 2014
Jadual Lengkap Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
(Sila Klik jadual di bawah untuk jadual lengkap)
Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia
Jadual piala dunia 2014 waktu Malaysia sumbangan Malaysiatercinta.com
Agak-agak pasukan mana yang bakal juara mungkinkah tuan rumah Brazil atau jiranya Argentina atau mungkin Perancis, German atau Belanda. Tetapi tidak mustahil negara yang tidak pernah jadi Juara Piala Dunia akan menjulang kejuaraan tahun ini seperti Belgium atau Ivory Coast atau tidak mustahil juga Uruguay boleh mengalahkan semua 31 pasukan yang berjaya masuk pusingan akhir Piala Dunia 2014.
gambar Ronaldo bersama pasukan piala dunia Portugal 2014
Ronaldo bersama pasukan piala dunia Portugal 2014
gambar jersi pasukan piala Dunia 2014
Sebahagian daripada jersi pasukan Piala Dunia 2014